臺華獎畢業歡送會
Taiwan Scholarship and Huayu Enrichment Scholarship Farewell Party
---
Berbeza dengan acara orientasi dan Welcome Party pada Oktober lepas, majlis yang dianjurkan di tempat yang sama ini rasa agak kurang meriah sikit. Mungkin kerana kurang kehadiran pelajar. Majlis ini dianjurkan pada bulan Mei. Bulan Jun pula ramai yang akan menduduki peperiksaan akhir. Sibuk dengan tugasan dan kelas barang kali.
Beza majlis farewell dengan orientasi yang lepas adalah kali ini ada sesi penyampaian anugerah untuk pelajar cemerlang yang akan bergraduasi tak lama lagi. Selain itu, ada sesi pembentangan projek tesis serta pertandingan fotografi.
🇲🇾
So proud of them!
Semalam menghadiri Majlis Perpisahan Penerima Biasiswa Taiwan & Biasiswa Huayu. Pelajar-pelajar yang hadir datang dari 66 negara. Terdapat acara penyampaian anugerah untuk penerima biasiswa Taiwan - bagi mereka yang belajar selama 4-5 tahun di sini.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai 2 orang pelajar cemerlang 'Outstanding Students'!
Syabas Kelly (Shih Hsin University, Taipei) & Chan (National Cheng Kung University, Tainan)!
Tahniah juga Phoebe yang diterima masuk ke National Taiwan University (Universiti no. 1 di Taiwan) bagi pengajian sarjana.
Tahniah juga Phoebe yang diterima masuk ke National Taiwan University (Universiti no. 1 di Taiwan) bagi pengajian sarjana.
Pada bulan ini juga lah saya dah nekad nak sambung belajar untuk tempoh setahun lagi dan memohon memperbaharui kad residen ARC. Rasa sedih bila kawan sebilik saya dari Ecuador yang juga penerima biasiswa Huayu sejak September lepas akan tamat belajar di Taiwan. Dia berhasrat untuk sambung belajar bahasa mandarin di Yunnan, China pula.
Rombongan NCKU Tainan!
Sumber video dari Formosa TV
https://youtu.be/hdreJwu7BX4