Semester musim luruh 2018 ini istimewa sikit. Sebabnya pada semester ini, tiada kelas nyanyian untuk pilihan elektif tetapi kami ditawarkan 2 kelas elektif yang unik! Iaitu kelas Hokkien (台語) dan kelas Crosstalk (相聲).
Kelas Hokkien
Saya pilih kelas ini sebab saya rasa bila balik Malaysia nanti, sangatlah berguna kalau tahu cakap hokkien. Lagipun, ada perkataan yang kita orang Malaysia dah tahu maksudnya...contoh tauke (tuan punya kedai) , paiseh (maaf), kamsia (terima kasih)...
Dalam kelas, kami belajar hokkien dialek orang Tainan, ada sedikit perbezaan dengan daerah lain contohnya apa khabar 'ni hao' orang Taipei sebut 'li ho' tapi belah Tainan sebut 'li he'...
Satu lagi dalam kelas kami tulis pinyin je 'abcd..'hokkien ini pun ada ton tapi banyak sangat tak boleh ingat, jadi cara mudahnya dengar dan tiru apa cikgu cakap dekat depan huhu....
Kawan-kawan Jepun dan Korea kongsikan kepada kami bahawa bahasa Hokkien ini ada sedikit sebanyak sama dengan bahasa ibunda mereka, ini berikutan bahasa hokkien ini merupakan bahasa kuno sejak berabad lampau dan dari segi sejarah, tersebar luas ke Jepun dan Korea. (baca di sini)
Tak percaya, cuba kira 1-10 dalam bahasa Jepun vs Hokkien.
Peperiksaan pula, kelas ini tiada midterm exam cuma final je. Kami dikehendaki membuat persembahan selama 7-8 minit ikut kreativiti sendiri, nak berbual ke, nak berlakon, nak menyanyi ke...terpulang
Ho Jiak> https://www.youtube.com/watch?v=EfDbqDbIwpM&t=3s
Teresa Teng - Tian Hei Hei> https://www.youtube.com/watch?v=9_rHamOKjbE
Kelas Crosstalk (相聲)
Kelas ini saya tak pilih cuma datang tonton persembahan final exam. Seperti kelas hokkien, kelas ini juga tiada midterm. Apa itu kelas crosstalk? Kelas ini mengajar pelajar kemahiran untuk membuat komedi macam 'stand up comedy'. Setiap kumpulan ada 2 orang. Komedi mereka berkisahkan mereka bersaing untuk menunjukkan siapa lebih hebat.
Final exam siap sediakan poster nak jemput kawan-kawan datang tonton persembahan mereka! Hebat!
Antara tajuk yang mereka persembahkan adalah jadi orang kedekut!