Aktiviti hujung minggu setelah habis peperiksaan semester, pergi tengok konsert orkestra di National Kaohsiung Center for Arts (衛武營國家藝術中心)。Kami bertolak ke Tainan pada awal pagi jadi sempat singgah di IKEA Kaohsiung dan Hanshin Shopping Arena sebelum ke Weiwuying. Kalau nak cari produk makanan terkenal Taiwan, semuanya ada di Hanshin termasuklah kedai roti Wu Pau Chun (吳寶春). Wu Pau Chun ini merupakan seorang chef pastri yang sangat terkenal kerana pernah memenangi anugerah di Paris sampaikan kisah kehidupannya ada diceritakan dalam buku teks saya!
National Symphony Orchestra juga dikenali sebagai Taiwan Philharmonic ini merupakan kumpulan orkestra kebangsaan Taiwan. Konsert pada malam itu menampilkan persembahan istimewa violin dan organ.
Yang saya perasan, Taiwan ini negaranya kecil tapi rakyatnya sangat menghargai seni. Ada 3 bangunan teater yang besar iaitu Taipei National Theatre and Concert Hall, National Taichung Theatre dan Weiwuying. Sedari kecil, anak-anak di sini selain dihantar pergi ke kelas tuisyen, kebanyakan mereka juga dihantar oleh ibu bapa menghadiri kelas-kelas muzik.
Istimewanya konsert malam ini merupakan penampilan sulung juara dunia violin iaitu Richard Lin. Konsert yang sepatutnya berdurasi 110 minit ini habis lewat kerana mendapat tepukan gemuruh daripada penonton setiap kali habis satu persembahan membuatkan konduktor berapa banyak kali entah ulangan 'encore'!
How I wish they did encore for the organ orchestra tho!
Credit photos: Krisaya & Nadia