Hari minggu . Hari Ahad.
Jalan-jalan ke Anping (安平).
20 minit je dari NCKU.
Nak ke sini mudah.
Banyak perhidmatan bas dari bandar Tainan ke Anping disediakan.
Nak ke sini mudah.
Banyak perhidmatan bas dari bandar Tainan ke Anping disediakan.
Tujuan utama datang ke sini temankan kawan siapkan tugasan, kena buat karangan dan seterusnya kongsiakan bersama rakan sekelas tempat-tempat menarik sekitar Tainan. Bila fikir-fikir balik, tak sia-sia datang ke Tainan untuk belajar bahasa, sebab Tainan ini umpama Melaka, kaya dengan sejarah. Tainan ada Anping, Anping ini dahulunya merupakan pusat pelabuhan, dekat Anping ini jugalah banyak muzium, tempat-tempat pelancong juga mudah nak jumpa makanan tradisi orang Taiwan.
1. Destinasi Pertama: Lin Mo Niang Park (林默娘公園)
Ramai orang main layang-layang di sini.
2. Destinasi Kedua: Milkfish Museum (虱目魚主提館)
Lawat Muzium Ikan: 虱目魚/Shimuyu/Milkfish/Ikan Susu/Ikan Bandeng...
Milkfish atau shimuyu ini merupakan produk terkenal Tainan. 台南最大的名產。Tak ramai pengunjung luar tahu tentang kewujudan muzium ini kecuali pelancong tempatan atau Jepun kerana maklumat dan penerangan di muzium ini tidak menggunakan bahasa Inggeris.
Dikatakan semasa Koxinga datang ke Taiwan, beliau dihidangkan ikan ini. Rasanya sedap sangat sampaikan ditanya soalan ini: "ikan apa ni?" [什麼魚?] shenme yu? 😂😂😂
Kawan dari Filipina kata, ikan ini sangat mudah didapati di sana, tak hairanlah ia merupakan ikan kebangsaan negara mereka.
Kenali Ikan Susu (baca di sini...)
Tak sangka pula penyambut tetamu di muzium ini merupakan pelajar Malaysia. Orang KL. Dia datang ke Tainan selama 5 bulan di bawah program AIESEC.
Muzium ini tidaklah besar mana. Tapi berbaloilah datang sebab rekaan serta hiasan dalamannya sangat menarik! Macam gambar kucing di atas ini. Seberang jalan muzium ini pula ada stesen bas dan satu lagikan tempat tarikan pelancong iaitu Eternal Golden Castle.
3. Destinasi Ketiga: Eternal Golden Castle (億載金城)
Dibina pada awal abad ke-19 semasa pemerintahan Dinasti Qing sebagai tempat pertahanan yang dilingkungi tembok batu ataupun benteng daripada serangan Jepun. Tiada ISTANA pun dekat sini.
Boleh sewa kayuh bot keliling kota kubu ini.
4. Destinasi Keempat: Pantai Anping
Bahagian pantai yang kami pergi ini memang pantai semata. Tiang lampu pun tiada. Ombak dekat sini kuat, patutlah ada papan tanda larangan tidak dibenarkan mandi-manda di pantai ini.
5. Destinasi Kelima: Elate Pudding
Ramai tak tahu, Tainan juga terkenal dengan puding. Antara jenama puding yang popular ialah Elate. Alkisahnya, anak Tauke ini sedang menghadapi peperiksaan. Ayah yakni Tauke ini risau pula tengok anak dia stress, lalu beliau masakkanlah puding bagi si anak ini gembira. Jadilah ELATE = HAPPY!