Selain menghadiri kelas wajib di CLC, antara aktiviti yang saya berpeluang sertai untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa cina adalah menghadiri kelas malam yang dianjurkan secara percuma oleh Jabatan Kesusasteraan Cina 中文系 'Learn English and Challenge Confucius'。Kelas dikendalikan oleh Prof Dylon 吳文璋 dan John Chien Chang Lee.
Selain Lao Tze 老子, Confucius (551-479BC) merupakan tokoh falsafah peradaban cina ibarat pentingnya Plato dan Socrates kepada tamadun Yunani. Idea dan pemikirannya tersebar ke seluruh dunia bahkan sehingga ke zaman moden ini, orang cina masih memetik kata-kata hikmah daripada beliau walaupun beliau dikatakan hidup lebih daripada 2 abad yang silam. (Filem Confucius lakonan Chow Yun Fatt)
Selain kelas malam pada setiap hari Khamis yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, saya juga sempat hadiri kuliah pada hari Isnin tengah hari yang menggunakan bahasa cina. Jujurnya, teks bahasa Inggeris pun kurang faham, apatah lagi teks yang menggunakan bahsa cina kuno. Melalui penjelasan Prof dan perbincangan secara berkumpulan dengan kawan sekelas Taiwan yang tidak lokek berkongsi ilmu, memberi peluang kepada kami pelajar antarabangsa untuk mengenali siapakah itu Confucius 孔子,falsafahnya serta budaya cina.
謝謝你們!
kalau baca artikel, teks yang diberikan sorang-sorang, it's confusing...memang tak faham...nasib baik ada Prof tolong terangkan
'role play' bagi topik Taat kepada Ibu Bapa
Kelas hari Isnin tengah hari di Jabatan Kesusasteraan Cina . Kelas dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa mandarin. 周一在中文系上四書課
Buku teks yang digunakan dalam kelas. Dwibahasa- bahasa Inggeris dan bahasa mandarin