Skip to main content

Translate

2019 唱歌比賽(2)

這學期期待已久的唱歌比賽,我參加了個人和團體的比賽。
先說沒有得名。
說沒有得名不難過是假的。

老實說,我唱歌,唱得真的沒有很好聽啦。
但當我上台的剎那,盡情享受唱歌的樂趣、盡情揮灑、盡情玩得開心
掌聲、歡呼
終於都把歌唱完了

中文有一句話說:「台上一分鐘,台下十年功」
我要向碧真老師,培筠老師,朋友尤其是Hendry致謝,因為你們願意幫助我準備唱歌比賽。
謝謝大家,謝謝來看我的表演,
真的非常非常非常感動~🙏🙏🙏
_________________________

Kalau pertandingan tahun lepas, saya nyanyi berduet dengan lagi 2 orang kawan, pertandingan kali ini pula berduet dengan Hendry. Sudah hampir setahun kami berkenalan, dan pernah ambil kelas nyanyian bersama-sama. Kebetulan, semester ini pula kami mengambil subjek elektif yang sama, tambahan pula duduk satu dorm yang sama, laoshi pun sama jadi senang nak cari masa berlatih. Cumanya, kali ini lagu kami memerlukan bukan seorang tapi dua orang untuk rap jadi kami minta tolong laoshi sekali tolong tengok-tengokkan kami berlatih menyanyi. 

Kami 2 orang ni pula kepala terlampau banyak sangat imaginasi, jadi setiap kali jumpa ada je idea baru, fikir macam mana nak jadikan persembahan ni lebih menarik. Kami sepakat bahawa ni patutnya bukan pertandingan menyanyi lagi dah ni, ni dah macam 'talentime'. Yelah, suara kami menyanyi tak berapa merdu, jadi lebih fokus kepada penceritaan lagu, apa yang boleh buatkan penonton terhibur dengan menonton persembahan kami. Gituuuu~~~

2 minggu sebelum bertanding, kami berlatih hampir setiap hari dekat bilik pingpong dorm. Dekat sini ada cermin besar jadi senang nak tengok ekspresi muka, pergerakan..sebab lagu ni ada cerita,macam drama lah juga jadi kami buat banyak pergerakan, ke hulu ke hilir, memang maksimakan penguasaan 'pentas' la!

Dua orang budak ni pun masuk bertanding juga!


我們在宿舍的大廳以起練習唱歌!
Sesi KTV dekat lobi dorm 


到底他們是誰啊?!!!
Lagu duet kami nyanyi berdua tapi siapakah gerangan watak ketiga ni?!

MULA!

我要分手!!!
Dramalah pula cakap dekat telefon nak marah-marah…Hendry pula pergi hempas jaket tak puas hati

放棄了! Give up lah!
kan dah cakap banyak pergerakan, siap tarik beg keluar pintu lagi! xD


Lagu ni sedih je sebenarnya tapi ni bahagian akhir sebelum adegan baling kasut...tak boleh tahan nak gelakkk nak cepatkan habis nyanyi

我們應該怎麼做呢?What shoud we do?!!!


Pertandingan ni pula masa minggu awal bulan puasa...kering pula tekak pergi nyanyi waktu tengah hari lepastu kena masuk kelas...akhirnya malam pergi makan hotpot...ni kali pertama kiranya pergi buka puasa dengan kawan...kalau tak masak sendiri dekat dapur dorm je
___

Senarai lagu yang dinyanyikan:
Sebelah kiri lagu duet: ada 4 lagu (kemudian last minute tambah lagi 2-jadi jumlah ada 6 buah lagu!), edit, potong jadikan medley. Tajuk lagu "我要怎麼做"

  1. Alan Walker - Spectrehttps://www.youtube.com/watch?v=KMgtYSI7qzk
  2. Alan Walker - Fadedhttps://www.youtube.com/watch?v=hpLllezXBjU
  3. Christine Welch - 一百萬個可能https://www.youtube.com/watch?v=hzypdAfwN24
  4. Jay Chou - 說好的幸福呢> https://www.youtube.com/watch?v=mLFhTFiX0uM
  5. Eric Zhou - 怎麼了> https://www.youtube.com/watch?v=Y2ge3KrdeWs
  6. Jay Chou - 不愛我就拉倒> https://www.youtube.com/watch?v=MAjY8mCTXWk

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

成語: 季節氣候

春: 春暖花開,萬紫千紅 夏: 烈日炎炎,暑氣蒸人 秋: 秋高氣爽,橙黃橘綠 冬: 天寒地凍,冰天雪地 春暖花開  chūn nuǎn huā kāi (spring has come and flowers are in bloom) 春天天氣暖和,花都開了 春天氣候溫暖,百花盛開,景色優美 比喻遊覽,欣賞的好時機 春暖花開 春暖花開    的   ___ 過了冬季,各地 春暖花開 ,正是欣賞美景的好機會。 春暖花開 ,公園裡都是帶著孩子出來玩的父母。 現在是 春暖花開 的季節,也是上山賞花的好時間。 雨過天晴  yǔ guò tiān qíng (sky clears after rain) (new hope after a disastrous period) 下過雨後,天空放晴 比喻情況由壞轉好 一夜大雨後, 雨過天晴。 這次的經濟危機終於過去,  雨過天晴 了。 今天真是諸事不順的一天,還好今天快過去了,希望明天一切都能 雨過天晴。 雲淡風輕  yún dàn fēng qīng (light and relaxing) 徵風輕拂,浮雲淡薄 形容天氣晴好。 指人生經過許多困難以後, 心境變得成熟,不會過度在乎的樣子 周日天氣晴朗, 雲淡風輕 。 經過許多年的經歷,他對很多事情都是 我媽媽年輕的時候經過很多困難的事,所以她現在對一些事情都是 雲淡風輕 的 。 昏天黑地  hūn tiān hēi dì ( dark sky and black earth) (pitch black-disorderly/ troubled times) 形容天色昏暗 比喻黑暗混亂 負敗的政府把社會造成 昏天黑地 。 看天色 昏天黑地 的樣子, 可能快要下大雨了。 因為海關出了問題,公司裡人人都忙得 昏天黑地 ,無法下班。 到了晚上, 昏天黑地 的,就更不好出去。 我剛開始工作時,因為還不太多經驗,有笨笨的樣子,每天都 昏天黑地 。 一葉知秋 yī yè zhī qiū (falling of 1 leaf signs the coming of autumn) (a s...