Tahun kedua berpuasa, beraya di Tainan, Taiwan.
Nak pujilah 穆斯林學生協會 Muslim Student Associations (MSA) National Cheng Kung University ini. Sebab berbanding tahun sebelumnya, tahun ini mereka berjaya mendapatkan tempat lebih besar dan selesa bagi kami untuk beribadah di sepanjang bulan Ramadan ini. Aktiviti solat berjemaah juga berjalan dengan lebih lancar dan nyaman.
Seperti kebiasaannya, kami para pelajar bergotong-royong bagi menjayakan aktiviti ini. Kami diberi ruang kebebasan untuk 'berebut pahala' dengan megisi borang seperti di bawah mengikut kelapangan masing-masing. Secara dasarnya, tugasan dibahagikan kepada 3 kelompok:
- Sebagai imam, khatib, muadzin solat tarawikh
- Sebagai pembantu dapur, penghidang juadah makanan
- Sebagai penderma (makanan, duit, dan lain-lain keperluan)
Setiap hari di bulan Ramadan, kami berbuka dengan hidangan ringan seperti kurma, buah-buahan kemudian diikuti dengan solat maghrib
Usai solat maghrib, barulah kami 'makan besar'. Antara hidangan istimewa ialah sate dan kuah kacang!
Sambal udang dan daging masak kicap hasil air tangan cik Shafa
Nasi ayam. Ini pun Shafa yang masak tau!
Onde-onde guna buah naga. Cantik je warna merah jambu tu
Air kelapa nata de coco + limau + timun
Grand Ifthar Ramadan 1440 H
Meriah betul majlis
iftar perdana. Penuh ruang
solat dengan kehadiran rakan-rakan muslim NCKU, jemaah muslim
dari sekitar Tainan termasuklah rakan-rakan non- muslim kami, yang sudi penuhi jemputan
kami bagi merapatkan silaturahim, mendapatkan
maklumat dan pengalaman mengenai iftar, ramadhan, solat & Islam. Suasana
iftar yang akan dirindui sebab sebulan penuh, tiap-tiap malam datang sini solat berjemaah dan berbuka sama-sama…
Sambil-sambil dengar khutbah antara solat tarawikh, sempat buat kerja rumah...
開齋節第一天:
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai,
Malam raya duduk termenung,
Air mata jatuh berjurai.
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
(Doakan esok ada exam 3 paper huhu...)
🌙Selamat Hari Raya Aidilfitri🌙
Maaf zahir batin.
Jalok ngapuro sing katah katah.
عيدكم مبارك ، وتقبل الله منا ومنكم ، وغفر الله لنا ولكم.
Sumber video: 成大學生主播 NCKU Student Anchor
吟誦古蘭經、依禮膜拜,6月5號上午, 成功大學穆斯林學生及台南地區穆斯林朋友共200多人,齊聚成大舊K館3樓臨時祈禱室,舉辦開齋儀式,典禮隆重肅穆.
吟誦古蘭經、依禮膜拜,6月5號上午, 成功大學穆斯林學生及台南地區穆斯林朋友共200多人,齊聚成大舊K館3樓臨時祈禱室,舉辦開齋儀式,典禮隆重肅穆.
成大校長蘇慧貞親臨致詞. 期盼在場每位參與者都能記得,在成大及台灣這塊土地所受到的尊重與平等對待。