Skip to main content

Translate

Yujing Mango

2019玉井採芒果之旅

NCKU ISV 華語生服務團

艷陽高照的夏日,在與小黑蚊奮鬥之下,我們拿著一顆顆的芒果宣示著採集的成功台灣人的驕傲、大家最愛的水果 - 玉井芒果,在大家的的汗水之下一一被收服了。憑藉我大團長精闢的翻譯能力,以及果農阿伯阿姨給我們的各種小小知識,想必不管是來自外國的朋友或是成大同學們都有意想不到的收穫吧!

Kami dibawa melawat ke kebun mangga 小崇ㄉ果園-玉井芒果專區 yang terletak di Yujing, Tainan dan penerangan diberikan sendiri oleh tauke kebun ditemani oleh isteri serta anak perempuan beliau. Menurut tauke, di bahagian selatan Taiwan, mangga ditanam secara meluas di Pingtung dan Yujing, Tainan. Musim buah mannga ialah antara akhir bulan Mei hingga akhir bulan Julai.

Buah mangga di sini dibalut dengan kertas putih. Kata tauke ada 3 sebab: (1) untuk melindungi mangga daripada sinaran matahari yang terik (2) untuk melindungi mangga daripada dirosakkan oleh serangga (3) mudah untuk bezakan, buah mangga mana yang sudah masak untuk dipetik, di kebun ini warnanya berubah kemerah-merahan
你知道芒果外面包著的紙袋可是大有玄機嗎?不光是防蟲咬而已,隔絕曝曬,判斷果熟都是靠著這個小玩意兒呢!芒果的產期,挑選芒果重點,如何保護它們等,如果只是用書本學習,肯定無法有深刻體會,想深入學習還是要實際考察呀!


Kata tauke, sebatang dahan pokok buah mangga boleh ditumbuhi sehingga 3,000 bunga!

Selain diberi peluang memetik sendiri buah mangga untuk dibawa pulang, tauke juga berbesar hati memberi kami mangga kering percuma. Harga jualan untuk sebiji buah mangga ini dalam anggaran TW$100.
Teman petik buah mangga saya iaitu Elin. Hubungan saya dengan Elin ini agak menarik kerana abang Elin merupakan teman lelaki kepada rakan baik saya dari Hungary!


Masa pergi ni, bulan puasa tau, tak dapat makan di siang hari, tengok jelah diorang makan mangga tu. 

Pasar di Yujing
汗水過後來碗芒果冰,放下這一湯匙,結束這個學期的旅行!
_______________________
Dalam perjalanan menaiki bas ke Yujing, teman yang duduk di sebelah saya ialah Jim, berumur 21 tahun yang merupakan pelajar fakulti undang-undang. Ini merupakan pertemuan kedua kami setelah lawatan ke Chimei Happiness Factory. 
Jim, selain berkebolehan bermain gitar dan berkaraoke, juga merupakan anak kepada pasangan polis dan guru piano. Saya turut menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan Jim persoalan mengenai sistem undang-undang Taiwan yang merupakan sebahagian daripada kerja rumah saya untuk subjek berita!

Orang Taiwan ini memang kaki karaoke. Pantang dapat pegang mic....


Boleh siap berduet menyanyi dalam bas!
Lagu asal> https://youtu.be/lHT_F3h6_BY

Lagu asal> https://youtu.be/zihwKD3Uy4Q

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau na

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je belajar ba

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca