Sambungan dari post sebelum ini, alang-alang dah cerita pasal dekat mana nak beli makanan halal , saya ambil kesempatan dekat sini untuk 'highlight' dan kongsikan tempat beli belah sekitar Tainan yang selalu saya singgah... Kedai air di Yule Street. Depan dorm sahaja. Berlambak kedai jual air pearl milk tea dan jus buah-buahan. Tapi dekat Taiwan ini, bila nak beli air, kita boleh tetapkan nak berapa banyak ketulan ais, nak berapa banyak gula, boleh kawal tahap kemanisan minuman masing-masing. Carta: nak berapa banyak sukatan ais, sukatan gula.. Selalu ya saya akan cakap "wo yao wei wei" iaitu 30% ais, 30% gula Oh ye, satu tips bila berjalan dekat Taiwan kena bawa straw minuman sendiri. Kalau dekat NCKU CLC pula tak perlu risa, ada sudut minuman disediakan, boleh bancuh sendiri air teh dan kopi secara percuma. Satu lagi, biasanya saya memang bawa botol kosong. Boleh refill isi semua air jarang di dorm, kelas CLC mahupun pondok pak jaga di kawasa...