Skip to main content

Translate

Shopping di Tainan

Sambungan dari post sebelum ini, alang-alang dah cerita pasal dekat mana nak beli makanan halal, saya ambil kesempatan dekat sini untuk 'highlight' dan kongsikan tempat beli belah sekitar Tainan yang selalu saya singgah...

Kedai air di Yule Street. Depan dorm sahaja. Berlambak kedai jual air pearl milk tea dan jus buah-buahan. Tapi dekat Taiwan ini, bila nak beli air, kita boleh tetapkan nak berapa banyak ketulan ais, nak berapa banyak gula, boleh kawal tahap kemanisan minuman masing-masing. 


Carta: nak berapa banyak sukatan ais, sukatan gula.. Selalu ya saya akan cakap "wo yao wei wei" iaitu 30% ais, 30% gula
Oh ye, satu tips bila berjalan dekat Taiwan kena bawa straw minuman sendiri. Kalau dekat NCKU CLC pula tak perlu risa, ada sudut minuman disediakan, boleh bancuh sendiri air teh dan kopi secara percuma. Satu lagi, biasanya saya memang bawa botol kosong. Boleh refill isi semua air jarang di dorm, kelas CLC mahupun pondok pak jaga di kawasan NCKU. 

Untuk beli roti, buah-buahan, saya selalu ke PX MART


Selain itu, ikan siakap dan ikan salmon sangat biasa untuk dijumpai di sekitar Taiwan ini

Harga ikan siakap segar yang dijual di pasar pagi dalam anggaran TW$120-140, kalau beli di pasar raya, saya selalu ke PX Mart harganya dalam TW$40-100.


masak nasi guna beras Taiwan




Pasar raya Big King.
Jual produk dan bahan masakan dari Asia Tenggara, 
terletak berhampiran stesen keretapi/ bas Tainan. Boleh jumpa kicap, pes tomyam, rempah kari, daun kesum ,serai, cincau, ikan kering, gula melaka, santan...

Toko-toko Indonesia di sekitar Tainan Park. Boleh beli mee Sedap, Indo mee dengan harga borong di sini





Saya selalu ke Carrefour (家樂福) Anping sebab dekat dengan pejabat imigresen dan dibuka 24 jam. 






roti canai/ paratha, kulit popia, samosa pun ada dijual, yang ini jumpa di Carrefour Anping



Rempah Pad Thai ada dijual di Jasons Market Place, Tainan TS Dream Mall

Selain itu, di Tainan ada juga Costco (好市多) dan RT Mart (大潤發). Di tingkat 2 RT Mart ini ada Decathlon.


RT Mart ini pula dekat sangat dengan pasar malam yang paling besar di Tainan iaitu Flower Night Market (台南花園夜市).


Syurga kaum hawa!
Banyak pilihan kosmetik, face masks, dan lain-lain






Super Ring, muruku boleh didapati di POYA

Pasar pagi di Tainan
Kalau ingin ke pasar yang besar iaitu Yongle Market, boleh naik bas 77. Pasar yang paling dekat dengan dorm saya pula terletak berhampiran dengan hospital NCKu.

Ini pula video pasar yang terletak di pusat bandar Tainan. Selalunya tauke kedai akan beri diskaun kalau tahu kalian ialah pelajar asing di Taiwan! Hehe..kalu boleh cakap 台語/hoklo/hokkien lagilah dia suka

 My fav morning market in Tainan! (klik di sini untuk tonton video)

Kedai buku besar Eslite di Tainan TS Mall
 

Kedai baju NET, macam Zara, H&M

Tekak teringin nak makan onde-onde tapi disebabkan takde blender dan tak jumpa daun pandan, kita guna buah naga je

Bawa stok makanan dari Malaysia
oh ye, berikutan penularan penyakit African Swine Fever, imigresen sekarang lebih ketat
tak boleh bawa masuk daging, tapi serbuk-serbuk rempah masih dibenarkan bawa masuk

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...