Skip to main content

Translate

Hong Kong-Macau

Selepas 2 tahun menetap di Taiwan, tak keluar-keluar, baik je duduk belajar, pusing puas-puas jalan-jalan seluruh Taiwan, teringin pula singgah ke Hong Kong. Jadi sebelum balik ke Malaysia, kita singgah Hong Kong dulu, alang-alang dah ke Hong Kong, sempat buat trip balik hari pergi ke Macau. Ke Hong Kong dan Macau ini senang je, selain tak perlu visa, penerbangan dari Kaohsiung ke Hong Kong ini cuma sejam sahaja. Dekat, kan? 

Short & simple trip:

1.nak makan nasi itik

2.nak makan tart

3.jumpa Prof

Alhamdulillah semua dapat buat walaupun kalau tengok berita Hong Kong sekarang 'kelam kabut'. Memang tak dapat elak bertembung dengan kumpulan baju hitam, HK ini kecil sahaja lagipun duduk dekat Mirador Mansion, Tsim Tsa Shui (Kowloon). Ada satu malam tu, nampak kumpulan protes menghalang kenderaan termasuk bas pelancong dan membakar tong-tong sampah di Nathan Road, lokasinya betul-betul di persimpangan jalan Kowloon Mosque & Islamic Centre.






Cuaca: Hari-hari dekat sini hujan, ada amaran ribut, bila sampai Macau baru cuaca cun, baik dan cerah.
____________________________

Kaohsiung-Hong Kong (China Airlines)
Singgah solat di lapangan terbang Kaohsiung


Sampai Hong Kong pukul 7 malam. Sebaik melepasi kastam dan imigresen, saya terus singgah ke kaunter Hong Kong Tourism Board yang terletak berdekatan pintu keluar sebelum ke Dewan Ketibaan (Arrival Hall) untuk mendapatkan maklumat terkini. Nak tahu tempat mana nanti akan ada protes, betul ke perhidmatan tram ding dong diberhentikan buat sementara waktu, cara untuk naik feri ke Macau dan sebagainya...

Staff di situ terus membantu saya dengan memberikan peta dan menandakan tempat-tempat yang perlu saya pergi. Beliau juga membantu saya masuk ke dalam LINE Group HK Travel Buddy, yang merupakan perkhidmatan Live Chat untuk pelawat ke Hong Kong. 
“Hong Kong Travel Buddy” won the Gold Award in the Best Use of Mobile category of the Customer Experience Asia Excellence Awards 2018.
Bahasa mudahnya, macam kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh terus sms kepada mereka dan mereka akan memberi panduan dan jawapan. Terkejut juga beliau bila saya beritahu saya residen Taiwan dan boleh berkomunikasi dalam bahasa mandarin. haha...sempat beliau pesan untuk beli Octopus Card (HK$200 saya bayar guna kad debit Maybank) di mesin layan diri (vending machine) yang terdapat di Dewan Ketibaan.

Selain itu, aktiviti melancong kali ini saya tak guna internet, maksudnya bergantung kepada peta, dah study awal-awal tempat mana yang nak pergi, dah muat turun siap-siap peta Hong Kong dan Macau. Selain menggunakan wifi di hostel, dekat Hong Kong ini banyak wifi percuma tau!
  • Plan your Trip Hong Kong (klik di sini)
  • Plan your Trip Macau (klik di sini)
Untuk trip Hong Kong ini, saya banyak berjalan kaki sebenarnya. Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar Kowloon, naik bas A21 yang berhenti betul-betul di tempat penginapan di Nathan Road. 



Perjalanan menaiki bas mengambil masa hampir 1 jam. Bayar HK$33 guna Octopus Card. Kena angkat sendiri beg naik bas. Bagi saya, kerusi bas dia macam naik AirAsia, tegak hampir 90 darjah, ini kalau naik bas lama ini, badan pun tak berapa selesa. Kalau datang beramai-ramai, baik naik teksi atau tempah kereta sewa. Terfikir juga nak naik Airport Express, tapi untuk ke hostel saya kena tukar stesen, stesen itu pun tak berapa dekat dengan hostel, akhirnya pilih naik bas, berhenti di Middle Road-Nathan Road iaitu di depan Chungking Mansion. Sheraton Hotel-Chungking Mansion-Mirador Mansion ini bangunannya sebelah-sebelah sahaja.



Turun je dari bas, sudah disapa oleh ramai jejaka-jejaka dari Asia Selatan, India, Bangladesh dan lain-lain, senyum je cakap terima kasih...mereka selalu berkumpul di hadapan Chungking Mansion, makanan halal pun senang didapati di sini..nasi lemak, roti canai, nasi briyani pun ada! Mirador Mansion ini pula lebih aman. Di tingkat bawah ada kedai runcit, pengurup wang asing, kedai tailor baju, 7-11, stesen MTR Tsim Tsa Tshui pun dekat je ...jalan sikit ke simpang jalan ada masjid, ada taman 


Nasib baik ada disediakan tong air, bolehlah 'refill' botol air. Hong Kong ini barangnya mahal-mahal, hatta nak beli air botol pun fikir banyak kali huhu...



Perasaan pertama kali datang Hong Kong, rasa macam masuk Singapura. 
Daripada segi cuaca, nama jalan, persekitaran, bas 2 tingkat, bersih, perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap-bas, teksi, MTR, tram,,,tambahan pula, boleh dengar ramai orang bercakap guna kantonis dan bahasa inggeris...pendek kata, senang adapt...tidak diragui lagi memang sebuah bandar moden
(so happy now that I can read the Chinese writings/ signages ^_^)

Hari kedua, naik MRT dari Kowloon ke Pulau Hong Kong untuk makan nasi itik Wai Kee yang terletak di 'Food Court' pasar Bowrington Road. Kena naik tangga, tingkat satu. Sedap memang sedap. Rasa macam nasi ayam. Banyak pula tu dia bagi. Tapi takde sambal cili! Masa saya pergi ini hari Sabtu, saya antara pelanggan yang terakhir, masa makan dalam pukul 4-4.30 petang tapi kedai dah nak tutup, agaknya ramai sangat pelanggan datang makan masa tengah hari! Nasib baik sempat, kalau tak kempunan lah nak makan nasi itik yang popular ini....


"kawan baru"

Alkisahnya pergi makan nasi itik. Tempatnya dekat dalam kawasan pasar Bowrington. Meja makan cuma ada dua sahaja dekat Wai Kee ini. Masa tolong tuangkan air teh dalam cawan kepada 'orang semeja' ini, mamat ini balas "terima kasih". Kita pun balas: "eh, Malaysia ke?!!!" (sebab dekat Hong Kong, ramai orang Indonesia dan Filipina)

Bila dah berborak, rupanya kami pernah belajar dekat tempat sama! Hehe

Seorang ECONS, seorang lagi AIKOL...

Waktu petang, singgah berjalan-jalan sekitar Victoria Harbour, tunggu sampai malam sebab pergi tengok persembahan lampu 'A Symphony of Lights'. Sekejap sahaja persembahannya, 10 minit, kalau malas tonton di Youtube pun boleh, tapi lain tau perasaan dia bila kita bersama pelawat dari seluruh pelusuk dunia datang berhimpun untuk menikmati muzik dan persembahan lampu-lampu malam ini. Sangat asyik. Dengan angin bayu malam, bau air laut, pemandangan feri dan bangunan-bangunan pada waktu malam,,,tak sangka alhamdulillah ada juga rezeki singgah sini...


---
Berhujung minggu ke Macau

1 day trip to Macau

Bangun awal pagi dan beli tiket 'walk in' naik feri untuk ke Macau. Terdapat 2 pilihan syarikat feri dari Hong Kong (Kowloon, Hong Kong China Ferry Terminal) ke Macau, bergantung kepada destinasi kalian iaitu sama ada ke jeti Macau atau Taipa:

Trip saya, perjalanan pergi ke Jeti Macau dengan menaiki Turbojet dan pulang menerusi Taipa dengan menaiki Cotai Jet. Terkejut bila sampai di Jeti Taipa, besar gila rasa macam dekat lapangan terbang. Oh ye, lebih baik sebenarnya pergi pada hari bekerja, sebab tiket feri pada harga minggu lebih mahal....

Semasa di Macau, saya hanya menggunakan duit HK$, tiada keperluan untuk menukar duit Macau, keranan nilainya sama. Sampai sahaja di jeti Macau, saya menaik bas awam untuk ke kawasan bersejarah di sekitar Macau, destinasi pertama adalah A-Ma Temple kemudian berjalan kaki hingga ke St Paul's Ruin. Dari sana, sekali lagi saya naik bas untuk ke the Venetian (yang ada gondola dalam pusat beli belah) yang terletak di Taipa. Setiap kali naik bas, saya bayar guna duit syiling HK$6. Akhir sekali, dari the Venetian naik 'free shuttle bus' untuk ke Jeti Taipa. Saya memilih untuk mengikuti perjalanan yang disarankan sepertimanan yang tertulis dalam peta panduan Macau: Footsteps into Historic Centre. Dekat Macau ini juga ada masjid dan restoran makanan halal tau.

Aunty Nina & Uncle Tony dari kota Manila 🇵🇭



Berkenalan dengan pasangan yang peramah ini semasa dalam perjalanan naik feri dari Kowloon ke Macau. Mereka pernah bermastautin dan bekerja selama 10 tahun di Amerika.



Kami di Senado Square, tinggalan penjajah Portugis di Macau yang merupakan salah satu daripada tapak 'UNESCO Historic Centre of Macau World Heritage Site'.




Aunty Nina is confused..why there are so many colourful, cute bunnies at the ruins?!😂😂😂

YEAH, sampai pun ke tempat kasino! lol
tapi tak masuk pun, kasino teletak di tingkat bawah, kena lalui pintu keselamatan. 

The Venetian dan hotel-hotel di sekitarnya ini merupakan syurga melancong, besar sangat sampai saya pun boleh sesat dalam ini. Banyak sangat kedai. Lenguh kaki berjalan. Masa sesat ini pula, terserempak pula dengan Tan Sri RA, masa salam tangan beliau, ternampak di tangan saya pegang beg kuih tart, pantas beliau pun nak pergi beratur beli kuih tart! ;)


Satu-satunya kedai di the Venetian yang pelancong ke Macau sanggup beratur panjang nak beli kuih tart dia, boleh baca lebih lanjut di sini

Perjalanan balik ke Hong Kong menaiki Cotai Jet, ada amaran ribut pada waktu malam...
Sebelum mabuk laut @.@
享受當天來回澳門的樂趣~哈哈
___

Hari ketiga, melawat Hong Kong Polytechnic University. Dekat sini ada sebuah bangunan futuristik berwarna putih/ perak yang menarik, bangunan ini dinamakan Jockey Club Innovation Tower, direka oleh arkitek ternama dunia, Zaha Hadid. Lawa sangat! Tapi sebab hari hujan, kita ambil video je lah.




Hari pertama semester baru di Hong Kong, dah boikot kelas. 
Ya, hari pertama dah boikot kelas.
 




Prof Edwin ini merupakan kenalan baik pensyarah saya semasa belajar di UTM (Prof Abdul Ghani dan Dr Maizon) dan beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Profesor Pelawat di UTM. Bermula sebagai seorang arkitek yang seterusnya meneruskan pengajian undang-undang khususnya undang-undang pembinaan (Construction Law). Dengan masa yang terhad, sempat lagi beliau kenalkan saya dengan pelajar PhD di bawah seliannnya iaitu Adam Lin 林俊良 yang berasal dari Taoyuan, Taiwan.

Sejurus tamat pertemuan kami, saya singgah berkunjung ke Hong Kong Museum of History yang terletak di seberang jalan pintu utama universiti.

___

Balik balik~~~

Satu kebetulan, muka depan majalah Going Places bulan Ogos 2019 memaparkan bangunan Taipei 101 manakala edisi bulan September 2019 pula gambar Tun Dr Mahathir. Macau tahu-tahu je saya nak balik!
Just flew MH Malaysia Airlines last night and we touched down 30 mins early. Ultra smooth landing at Kuala Lumpur. Must have had good winds.
But...had to wait for ground staff to arrive. Gave me extra time for KTV sesh lol


Lama sebenarnya tak dengar lagu melayu. 其實,我好久好久沒聽馬來文的歌

Meremang beb dengar lagu ni, berhantu.
Ella - Standing in the Eyes of the World





Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

成語: 季節氣候

春: 春暖花開,萬紫千紅 夏: 烈日炎炎,暑氣蒸人 秋: 秋高氣爽,橙黃橘綠 冬: 天寒地凍,冰天雪地 春暖花開  chūn nuǎn huā kāi (spring has come and flowers are in bloom) 春天天氣暖和,花都開了 春天氣候溫暖,百花盛開,景色優美 比喻遊覽,欣賞的好時機 春暖花開 春暖花開    的   ___ 過了冬季,各地 春暖花開 ,正是欣賞美景的好機會。 春暖花開 ,公園裡都是帶著孩子出來玩的父母。 現在是 春暖花開 的季節,也是上山賞花的好時間。 雨過天晴  yǔ guò tiān qíng (sky clears after rain) (new hope after a disastrous period) 下過雨後,天空放晴 比喻情況由壞轉好 一夜大雨後, 雨過天晴。 這次的經濟危機終於過去,  雨過天晴 了。 今天真是諸事不順的一天,還好今天快過去了,希望明天一切都能 雨過天晴。 雲淡風輕  yún dàn fēng qīng (light and relaxing) 徵風輕拂,浮雲淡薄 形容天氣晴好。 指人生經過許多困難以後, 心境變得成熟,不會過度在乎的樣子 周日天氣晴朗, 雲淡風輕 。 經過許多年的經歷,他對很多事情都是 我媽媽年輕的時候經過很多困難的事,所以她現在對一些事情都是 雲淡風輕 的 。 昏天黑地  hūn tiān hēi dì ( dark sky and black earth) (pitch black-disorderly/ troubled times) 形容天色昏暗 比喻黑暗混亂 負敗的政府把社會造成 昏天黑地 。 看天色 昏天黑地 的樣子, 可能快要下大雨了。 因為海關出了問題,公司裡人人都忙得 昏天黑地 ,無法下班。 到了晚上, 昏天黑地 的,就更不好出去。 我剛開始工作時,因為還不太多經驗,有笨笨的樣子,每天都 昏天黑地 。 一葉知秋 yī yè zhī qiū (falling of 1 leaf signs the coming of autumn) (a s...